BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Monday, September 9, 2013

Lesen Murai Batu 2

Lesen menangkap yg dikeluarkan oleh pihak perhilitan. Sah sehingga disember 2013 untuk tangkapan burung murai batu sebanyak 3 ekor sahaja. Kos RM60 untuk tangkapan 3 ekor murai batu dan tambahan RM60 untuk mendapatkan lesen memelihara pula. Saiz lesen besar lesen memandu jek. Di fahamkan jika lesen hendak dipindah milik kepada orang lain boleh dilakukan tetapi perlu merujuk kepada pihak perhilitan.

Note: Lesen untuk memelihara ayam hutan RM10 seekor(jika ayam simpan dalam reban). Jika ayam lepas tak payah lesen. Lepas ni cite pasal ayam hutan plak.

Merbah Kunyit


Merbah kunyik member. Dari segi rupa sama macam merbah kapor cuma bezanya bulu badan ada berwarna kuning. Untuk pelihara merbah ini memerlukan lesen dari jabatan perhilitan. Waktu dulu pernah juga tangkap. Sangat senang dan mudah didapati. Sekali pasang jebak boleh dapat dua ekor. Dari segi suara kurang menarik tetapi ada yg kata best. Rata-rata mereka yg pelihara merbah kunyit ni mesti bulunya teruk dan tidak terurus. Tidak seperti pelihara merbah jambul dan haji. Mungkin sifatnya yg terlalu liar.