BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Friday, June 20, 2014

Projek Ayam Kampung & Lembu jiran kebun.

Minggu lepas kon pergi kebun tgk durian sambil tebas kebun. Kena buat sebelum puasa. Bulan puasa tak daya kon. Selesai kerja kon pergi melawat kebun sebelah milik ronto Amir. Kon tgk ada projek baru iaitu ternak ayam kampung dan lembu.
Reban untuk menempatkan anak ayam kampung.
Lembu 5 ekor. 2 jantan dan 3 betina.
Lagi reban ayam dalam proses untuk disiapkan. Nampak gaya boleh kon tompang sekali.
Kandang besar menggunakan jaring plastic. Reban ayam di dalam.

Thursday, June 19, 2014

Ayam Hutan dan Angsa

 Ayam Hutan yg kon dapat dari sifu. Dari segi bulu dan warna tidak menarik sangat. Taji putih dan kokok suara kalah. Cuma ada sedikit kelebihan iaitu ayam ni ada sampin kiri dan kanan. Org kata mudah dapat ayam. Harap dapat turunkan baka.


Kandang angsa yg kon baru buat. Memandangkan angsa ni suka duduk tepi jalan, mudah sangat org sauk ambik bawak balik. So kon kandangkan anak angsa.

Thursday, June 12, 2014

World Cup 2014

Hari ni bermula bola sepak piala dunia 2014. Sukan yg dinantikan oleh hampir semua org. Game semua awal pagi. Siapa juara? hahahaha.

Bird Watch

Salam Sejahtera, kali ni kon nak promosi aktiviti tahunan yg dilakukan oleh pelancongan negeri Pahang iaitu aktiviti 'bird watch' di Bukit Fraser. Tarikh 21-22 Jun 2014. Datang dengan kamera DSLR dan lense yg boleh zoom jauh pasai burung pun duduk tinggi. Sepanjang kon pergi sana kamera dan lense dah macam bawak bazoka, besar giler. Siap dengan baju camo ala tentera. Kalau kamera kecik pun boleh jugak, pegi jalan-jalan hirup udara segar.

Wednesday, June 4, 2014

Gallus gallus aka Ayam Hutan.


Akan datang dalam koleksi terbaru.
CARIAN SPESIES HIDUPAN LIAR
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 [AKTA 716]
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)
Carian   
FAMILI    
NAMA SAINTIFIK    
NAMA TEMPATAN    
KATEGORI    
IUCN    
CITES    
AKTA    

Note: Gambar dari web Jabatan Perhilitan.