BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Monday, January 3, 2011

Meraikan 2011 dan Sewah

Masuk tahun 2011 nie dah banyak perancangan dibuat. Beberapa lokasi yg dikatakan oleh beberapa senior mempunyai banyak tekukur power akan diterjah. Antaranya Ponsoi, Sg Penjuring, Kg Lebu, Sertik, Sawit bukit dinding, janda baik, lancang,chenor dan juga tidak lupa kawasan perkuburan kayu ARA yg memang banyak burung power cuma lokasinya sahaja kureng sesuai. Takkan nak pacak racik atas kubur kot. Malam new year dah dok kemas-kemas sangkar layang dan varnish cetok. Besi tumang pun dah beli yg baru.

Tak sabar nak turun padang tp kena tunggu musim hujan reda dan sewah tiada. Tapi.......................jeng!jeng!jeng!jeng(suspen sket)..... 1hb Januari 2011 satu peristiwa yg akan aku ingat selagi main tekukur. Masa antara pukul 8mlm sehingga 10mlm. Terdapat sewah bertangan dan kaki telah menyambar burung tekukur aku, macam alibaba dengan 40 penyamun. Denak utama Sibenus kena rembat, Guk2 pemberian senior kena rembat, serindit dada merah pun sama, cetok tekukur 2 unit pun sama, tumang dua sampaikan jaring penutup sangkar layang pun kena sapu jugak. Adusssss pening palo...............

Bila tengok denak kena rembat, rasa gelap masa depan dgn hobi tekukur. Dah tiada lagi denak untuk turun ke laman. Denak backup pun kena sapu. Malam tido dok mimpi sibenus angguk dan tekan. Mungkin dah tiada rezeki. Rasa macam dah tak larat nak mulakan sekali lagi untuk mencari dan mengajar burung baru sehingga menjadi denak. Paling cepat boleh mula memikat kena tunggu setahun. Itu pun kalau denak rajin bunyi.
Nampaknya permintaan untuk tekukur dan serindit semakin tinggi. Hobi ini telah mula dikenali dan bertambah pemainya. Cuma ada orang nak main tetapi mengikut jalan mudah dengan ambil org lain punya denak. Kalau beli tahan laaa jugak.

Nantilah difikirkan dulu....camna nak mulakan balik hobi ni..

p/s Kalau bela kelicap ada org curik tak?