BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Tuesday, September 30, 2014

Melawat reban ayam sifu Abang.

Sabtu 27 sept kon pergi meronda rumah sifu dan member masuk hutan. Kon panggil dia abg jer. Dulu masa kecik, sebelum pergi sekolah kon biasa lepak rumah dia berkumpul. hajat hati nak riki-riki kot2 ada ayam hutan lebih. Denak ayam hutan kon baru jer kena rembat 2 minggu lepas. Dah laaa baka takde. Susah nak berhobi kat sini, serindit, tekukur, merbuk habis kena rembat. Ni ayam pulak. Mmmmmmm.



 Ayam jantan tetapi bulu betina. Ni kali kedua kon tengok. Kali pertama kon tengok kat rumah sifu samra. Jarang sangat kon jumpa.

Tu dia abg tengah mengendap puyuh hutan yg baru ditangkap. Baru ada 3 ekor. Senang sangat menangkapnya.


 Arnab dalam peliharaan. Tinggal 4 ekor jer.
Denak ayam. Body okey tp tang suara kurang minat sket.

Lagi reban ayam.

Lokasi sekitar reban ayam, arnab dan tekukur.

Riki punya riki kon tak ambil saekor pun. Rilek dulu merawat hati yg luka. Sampai mood nak ayam kon dtg balik. 

Friday, July 18, 2014

Musim Durian dah mula.

 Alhamdulillah. Kali ni durian kon menjadi. Dapat laaa kon merasa dan buat stok tempoyak.
 Baru fasa pertama. Kini disetiap jalan utama dibentong banyak gerai jual durian. Harga pun dah murah.
Projek ayam kampung Uncle Amir. Complete siap dengan generator. Semoga berjaya.

Friday, June 20, 2014

Projek Ayam Kampung & Lembu jiran kebun.

Minggu lepas kon pergi kebun tgk durian sambil tebas kebun. Kena buat sebelum puasa. Bulan puasa tak daya kon. Selesai kerja kon pergi melawat kebun sebelah milik ronto Amir. Kon tgk ada projek baru iaitu ternak ayam kampung dan lembu.
Reban untuk menempatkan anak ayam kampung.
Lembu 5 ekor. 2 jantan dan 3 betina.
Lagi reban ayam dalam proses untuk disiapkan. Nampak gaya boleh kon tompang sekali.
Kandang besar menggunakan jaring plastic. Reban ayam di dalam.

Thursday, June 19, 2014

Ayam Hutan dan Angsa

 Ayam Hutan yg kon dapat dari sifu. Dari segi bulu dan warna tidak menarik sangat. Taji putih dan kokok suara kalah. Cuma ada sedikit kelebihan iaitu ayam ni ada sampin kiri dan kanan. Org kata mudah dapat ayam. Harap dapat turunkan baka.


Kandang angsa yg kon baru buat. Memandangkan angsa ni suka duduk tepi jalan, mudah sangat org sauk ambik bawak balik. So kon kandangkan anak angsa.

Thursday, June 12, 2014

World Cup 2014

Hari ni bermula bola sepak piala dunia 2014. Sukan yg dinantikan oleh hampir semua org. Game semua awal pagi. Siapa juara? hahahaha.

Bird Watch

Salam Sejahtera, kali ni kon nak promosi aktiviti tahunan yg dilakukan oleh pelancongan negeri Pahang iaitu aktiviti 'bird watch' di Bukit Fraser. Tarikh 21-22 Jun 2014. Datang dengan kamera DSLR dan lense yg boleh zoom jauh pasai burung pun duduk tinggi. Sepanjang kon pergi sana kamera dan lense dah macam bawak bazoka, besar giler. Siap dengan baju camo ala tentera. Kalau kamera kecik pun boleh jugak, pegi jalan-jalan hirup udara segar.

Wednesday, June 4, 2014

Gallus gallus aka Ayam Hutan.


Akan datang dalam koleksi terbaru.
CARIAN SPESIES HIDUPAN LIAR
AKTA PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR 2010 [AKTA 716]
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA (PERHILITAN)
Carian   
FAMILI    
NAMA SAINTIFIK    
NAMA TEMPATAN    
KATEGORI    
IUCN    
CITES    
AKTA    

Note: Gambar dari web Jabatan Perhilitan.



Thursday, May 1, 2014

Projek Angsa

Projek Angsa dalam proses. Hari gagal sebab angsa jantan telah digigit anjing liar. Jadi kon dapat angsa jantan dari penternak di Kg Baru. Dia ada masalah banyak angsa jantan dari betina. Oleh itu dia cakap angsa ni dia bagi buat baka, jika ada anak angsa betina dia nak sekor. Kon cakap takde masalah.

Jantan baka warna putih. Anak dapat 5 ekor. Jantan betina kon tak tahu. Kena tunggu besar baru boleh cam. Besar besok tak pasti anak dapat warna apa.

Merak di Kayangan

Dah lama tak cerita pasal merak. Hari tu awal pagi kon dengar ada benda jalan atas bumbung. Kon pun keluar laa tengok apa dia. Rupanya burung merak dulu yg selalu datang makan kat rumah. Ekor dah panjang.
Macam dalam cerita kungfu panda laaa.

Thursday, April 17, 2014

XPDC Gunung Kinabalu

Salam Salam Sejahtera, minggu lepas kon pegi ke sabah. Tujuannya untuk mendaki gunung kinabalu bersama rakan sekerja. Ini merupakan kali ketiga kon mendaki gunung nih melalui laluan Mesilau. Sangat cantik gunung ciptaan Allah.

 Posing di KLIA.
 Naik Malindo. Flight bagus sebab seat luas dan ada tv. Tak la boring sangat. Kalau Airasia takde tv.
 Posing dulu di Sabah Park Tim Pohon. Masa ni kul 12 mlm.
 Sesi bergambar sebelum naik gunung. Masa 9 pagi.



 Posing masa di Laban Rata. Masa ni suhu bawah 5 darjah c. Masa 12 malam.

 Pemandangan diatas gunung.
 Pemandangan dari atas gunung waktu pagi.
 Sampai ke puncak.

Wednesday, March 26, 2014

Kena sauk lagi

Semasa kon melawat rumah sifu, kon kenen-kenen juga burung tekukur sekor dua. rumah Akhirnya sifu bagi 3 ekor pada kon. Buat meriah rumah katanya dan juga boleh teman dia gi mikat. Bab mikat ni kon cakap dah bersara. Tapi kalau nak teman ikut pegi mikat boleh je. Boleh juga borak -borak.  Nak dijadikan cerita 3 ekor tekukur tu kon bawak balik rumah. Dua ekor letak depan rumah dan seekor letak belakang siap dengan jaring baru lagi. Saje kon letak sekor kat belakang supaya tekukur belakang bunyi yg depan akan sahut.
Tapi apakan daya tak sampai sebulan tekukur belakang rumah dah kena sauk. Hari ahad bagi makan, hari selasa lesap. Tekukur dan jaring hilang. Tinggal penyangkut jaring je. Masuk kali ni dah tiga kali burung kat rumah kon kena rembat.  Nampaknya kawasan tempat kon tinggal ni dah tak selamat untuk pelihara burung. Pantang ada burung yg galak sikit kena sauk.

Cabaran dalam memelihara burung.

Sunday, March 2, 2014

Melawat Rumah Sifu

Hari cuti lepas kon sempat singgah rumah sifu. Kebetulan sifu tgh membersihkan sangkar burung. Punya laaa byk sangkar layang, lebih 20 sangkar. Macam-macam bunyi adaaa. Tak payah masuk hutan dgr sora tekukur, kat rumah pun dah cukup. Selain itu ada juga merbuk, murai batu, kuang, ayam hutan, merpati, dan juga iguana. Dah rope mini zoo. Riuh rendah. Dalam pada tu sempat juga kenyit dua tiga ekor tekukur kot-kot sifu nak bagi. hahahaa
Antara tekukur yg sedang berjemur selepas mandi.
Dan lagi.

Merbuk pun ada. Siap gantung atas tiang lagi.
Merbok kategori siam dan kampung.
Disebabkan jumlah burung yang banyak penggunaan scrapper dan berus tidak sesuai. Sifu dah advance sket. Guna water jet utk bersihkan sangkar dan mandikan burung. Bab mandi burung tu bagi tempias air je, jangan tebak direct alamatnya berterabur bulu burung.

Merpati diracun


Note: Gambar sumber Internet.

Kon terbaca satu laporan berita berkaitan ada individu telah membunuh merpati dengan memberikan makanan beracun. Kon rasa sedih sebab ada org tergamak buat perkara tersebut. Bayangkan jika racun yg digunakan jenis kuat dan berantai seperti lenaed. Habis 7 jenis binatang makan baru habis racun tersebut. Rumah kon pun kerap datang burung pipit utk makan kambu. Tapi tidak laaa sampai kon nak racun burung tuuu. Dah rezeki dia dapat makanan. Lagi pun jika kita sukakan haiwan kena suka semua jenis, tak boleh pilih-pilih. Contohnya suka tekukur tetapi bila mikat dapat merbuk habis bulu merbuk ditanggalkan. Macam mana merbuk tu nak terbang. Tp org macam ni memang ada dan kon pernah tengok.

Wednesday, January 29, 2014

Projek Kedondong dan Musang King

Dalam dok tebas kebun kon tanam dua tiga jenis pokok.
Pokok kedondong kon menghasilkan buah yang pertama.
Musang King yang baru ditanam. Harap membesar dengan jayanya dan menghasilkan buah yang berkualiti.
Jaring hitam digunakan untuk menghalang musuh utama di kebun(pig)dari merosakkan musang king. Pantang nampak ada pokok baru habis disondol.

Tuesday, January 28, 2014

Murai Batu On The Go.

Ini murai batu dalam simpanan. Baru 2 bulan lebih dimiliki.Panjang dlm 6 inci(saiz standart) dan jangkaan boleh mencapai 7 inci shj. Masih liar lagi dan baru nak berbunyi. Terima kasih kepada Sifu atas pemberian burung ni. Jarang dapat tengok MB yg panjang ekornya. Dikatakan untuk mendapatkan MB yang panjang ekor perlu pergi kekawasan yg ada anak sungai. Kawasan berpaya kebanyakannya ekor pendek.