Semasa kon melawat rumah sifu, kon kenen-kenen juga burung tekukur sekor dua. rumah Akhirnya sifu bagi 3 ekor pada kon. Buat meriah rumah katanya dan juga boleh teman dia gi mikat. Bab mikat ni kon cakap dah bersara. Tapi kalau nak teman ikut pegi mikat boleh je. Boleh juga borak -borak. Nak dijadikan cerita 3 ekor tekukur tu kon bawak balik rumah. Dua ekor letak depan rumah dan seekor letak belakang siap dengan jaring baru lagi. Saje kon letak sekor kat belakang supaya tekukur belakang bunyi yg depan akan sahut.
Tapi apakan daya tak sampai sebulan tekukur belakang rumah dah kena sauk. Hari ahad bagi makan, hari selasa lesap. Tekukur dan jaring hilang. Tinggal penyangkut jaring je. Masuk kali ni dah tiga kali burung kat rumah kon kena rembat. Nampaknya kawasan tempat kon tinggal ni dah tak selamat untuk pelihara burung. Pantang ada burung yg galak sikit kena sauk.
Cabaran dalam memelihara burung.
No comments:
Post a Comment