Hari cuti lepas kon sempat singgah rumah sifu. Kebetulan sifu tgh membersihkan sangkar burung. Punya laaa byk sangkar layang, lebih 20 sangkar. Macam-macam bunyi adaaa. Tak payah masuk hutan dgr sora tekukur, kat rumah pun dah cukup. Selain itu ada juga merbuk, murai batu, kuang, ayam hutan, merpati, dan juga iguana. Dah rope mini zoo. Riuh rendah. Dalam pada tu sempat juga kenyit dua tiga ekor tekukur kot-kot sifu nak bagi. hahahaa
Antara tekukur yg sedang berjemur selepas mandi.
Dan lagi.
Merbuk pun ada. Siap gantung atas tiang lagi.
Merbok kategori siam dan kampung.
Disebabkan jumlah burung yang banyak penggunaan scrapper dan berus tidak sesuai. Sifu dah advance sket. Guna water jet utk bersihkan sangkar dan mandikan burung. Bab mandi burung tu bagi tempias air je, jangan tebak direct alamatnya berterabur bulu burung.
No comments:
Post a Comment