BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Friday, May 6, 2011

Makjun Tekukur

Sambil borak dengan tuan punya kedai, ada tanya juga samada masih ada lagi makjun utk tekukur. Tujuan makjun ini utk menggalakkan burung dan menyihatkan badan burung. Fungsinya sama macam daun ati-ati, daun manis, kacang hijau,peria katak dan lain-lain bahan. Cuma bagi yg malas nak cari bahan tersebut boleh beli di kedai.

Pengeluar datang dari Indonesia. Rupanya bulat2 cam tahi kambing dan sedikit berminyak. Dulu pernah guna dan seminggu jugak denak tak bunyi. Mungkin sebab panas makan makjun(overdose). Lepas tu terus tak digunakan lagi.



Harga RM 7 satu.

Musim Serindit Melanda

Ari minggu kon pegi jalan2 kat kedai burung bagi melepaskan boring. Dah lama tak memikat maka pegi ronda kedai burung jer. Belek2 burung tengok banyak stok serindit jantan tua/dada merah. Hg RM50 sekor. Lesen pelihara pada masa ini belum ada lagi, kena tunggu bulan 6 ini. Nak bela juga kena simpan dalam rumah ler...






Masa ini kalau pegi memikat memang akan mudah dapat serindit merah dari serindit hijau sahaja. Bulan 7-9 mudah dapat serindit yg muda(anak yg paruh putih)

Kedai Burung yang ada.

Antara kedai burung yang ada di tempat kon. Pelbagai jenis burung yang ada. Cuma dari segi sangkar layang dan cetok cuma ada yg standart sahaja. Tak ada banyak pilihan.

Harga barang kalau nak banding dengan kedai kat Jalan Kuching boleh dikira agak murah. Tekukur/merbok sekor RM10 tp kalau beli dari org ramai kedai ambil RM4 sahaja. Serindit hijau/merah RM5/50 tp kalau ambil dari orang kedai ambil RM3/15.






Ada dua lagi kedai baru dibuka dlm tahun 2011 ini. Akan diupload kemudian.