BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Wednesday, March 31, 2010

Racik Tekukur.

Dah berminggu tak memikat. Keje punya pasal, kaki dah naik ketar... tak tahan tengok Sibenus dok mengigau malam-malam angguk gagap. Telinga masa keje pun terngiang dengar bunyi kukur je...... Bagi menghilangkan gian kon buat aktiviti mengemaskini racik sedia ada. Bagi bersih



Kat bentong takde org boleh buat racik, kena oder dari geng mikat chenor atau beli kedai. Racik lingkar merah ni kon minta dari member ofis, ayah dia kira orang lama main tekukur kat penang(Kg Nyior Sebatang). Pakcik Nordin namanya dan hasil kerja sangat bagus. Kena kuku tekukur pun tak lepas. Betullaa org kata racik belah utara ni bagus-bagus. Racik lain ada yang dibeli dari kedai kat kl hasil kerja tangan anak org asli(asli pun pandai buat dah) dan racik pemberian Otai dari masa sekolah form six lagi dia bagi sebab selalu ikut dia gi mikat. Jadik tukang pegang catok dan pegang burung.

Lepas ni belajar buat racik sendiri plak... dah ada 2-3 gelung tayar moto kat rumah. Cara buat tu rasanya dah paham dah, belajar dari blog rakan TTF(Terer betoi mereka buat racik). Cuma yang tak tahu nak buat cara sambung tali tangsi dengan tali braided serta bahan buat huruf 8. Pakai cabel network computer boleh kot........ nak cari kabel stainless takde plak kat sini.

Friday, March 19, 2010

KOLEKSI TANGKAPAN SB BULAN FEB & MARCH 2010


BH biasa je, kuk 1, sora sedang. Cuma rintik tengkok halus-halus. Baru mula bunyi tp ada ketar-ketar sket.



Burung biasa jer, sora kasar sket, kuk 1. Kali pertama mikat teruk sibenus kena belasah .... terpaksa halau. Mungkin strategi pasang racik huruf C tak sesuai.

Minggu seterusnya pergi repeat tempat sama. Kali ni buat cara zig-zag, sibenus kena belasah juga. BH lawan macam tak pijak tanah. Sibenus plak tak pukul-pukul asyik angkat kepak je, Skali sibenus cepuk terus jatuh atas racik. Settle... balik terus ikat dan beli sankar layang baru.
Pasal baru main burung mana dapat terus ikat dulu. Lepas ni baru pilih mana yang betul2 berkenan baru ikat.

Koleksi Jebak & Catok


Jebak beli harga RM45. Kecik sangat.


Catok pertama yang dibeli. RM20.


Bulan lepas dan bulan ni SB bunuh 2 ekor terus beli catok baru (tokey kata boleh duduk)bagi SB semangat sikit dapat catok baru.Hg kat sini RM58.

Thursday, March 18, 2010

TEKUKUR

Masa main serindit tekukur minat juga, cuma ianya dimainkan oleh org dewasa jer. Apa yang buat aku tertarik dengan tekukur pada awalnya ialah bila tengok denak otai kat kg. Suara denak kasar betoi dan bila otai petik jari terus hangguk, dan bila petik lagi denak terus pukul kepak. Dari situ terus datang minat bela tekukur kononnya harap denak boleh jadi macam denak otai jugak. Tp otai bagi nasihat jangan main, pegi tumpu pelajaran. Bertahun tunggu abis belajar, dah kerja baru laa datang semula minat bela tekukur. Pegi rumah Otai minta sekoq dan otai bagi 2 ekor burung hutan baru tangkap. Sekor Gagap 4 kerat dan sekor ada sulam dan tekan rapat. Terus bagi nama sibenus(gagap) dan sibayu(tekan rapat). Punya laa semangat denak tak bunyi lagi dah beli jebak, catok dan racik. Tiap minggu pegi tapi dapat letih je laaaa dengar burung utan panggil.

Gambar sibenus.

Waktu mula dengar angguk burung ni gagap ingatkan sakit. Rupanya memang camtu dan otai kata payah nak dapat. Dia punya kuk pun biasanya kuk 1 tp kadang-kadang terkeluar kuk dua.

Denak sibayu.


Sora best kasar, tekan rapat tp apakan daya baru dua tiga kali bawak pi mikat ada sewah seko minat kat sibayu terus sambar angkut bawak jalan-jalan. Kaki sebelah tinggal kat tanah. Takdan nak bunuh sekor pun. Tinggal laa si benus...

Wednesday, March 17, 2010

Jebak Serindit

Terdapat beberapa cara untuk menangkap serindit nie antaranya menggunakan gam dan jebak. Kebiasaanya jebak yang kerap digunakan. Jebak terdiri daripada pelbagai bentuk antaranya 2 pintu, 3 pintu, dan 4 pintu. Buatannya pula daripada rotan, buluh, pokok bertam(cara lama), pokok kelubi dan juga jaring besi. Cuma pembuatan menggunakan bertam dan kelubi dah takdo. Byk guna besi dan rotan. Umpan pula boleh guna pisang,betik, rambutan dan bunga raya(untuk bagi nampak meriah dlm jebak).
Jebak 3 pintu

Jebak 2 Pintu

Jebak Bertam

Atas ni semua kon buat sendiri. Kalau kat kedai harga jebak ni dalam RM45 hingga RM60 bergantung kepada berapa pintunya.

SERINDIT

Jantan Anak

Dada Merah


Serindit adalah jenis burung yang terawal dipelihara. Di kg masyarakat cina yang byk bela(sebab ada ong maaa...). Org melayu plak hanya bela bila tiba musim buah rambutan jer. Habis musim lepaskan balik. Biasanya pemelihara serindit ini dikalangan budak-budak jer. Org besaq jarang main. Serindit ini menarik dari segi warna, suara dan saat-saat nak masuk jebak.
Kalau serindit yang dah tua ada byk warna iaitu merah di dada @ dade(samy cakap) dan ekor, warna kuning dibelakang tengkok dan warna biru atas kepala. Paruh pula warna hitam. Kalau burung muda paruhnya warna kuning atau putih (anak lagi) dan paruh hitam untuk burung yang remaja sikit. Kebiasaannya burung muda ada semua warna kecuali warna merah didada tiada. Kaki pula bewarna kuning kalau dah lama bela, kalau baru dapat kaki warna hitam..........

Pemakanan serindit mudah antaranya pisang, betik, rambutan, sawit dan lain-lain buah. Cuma kalau dah terdesak sangat kambu burung tekukur pun boleh tp kesian laaa sebab bukan makanan ruji dia. Macam org kg disuruh makan makaroni mana nak selera...

Lesen serindit rm10 utk setahun(boleh bela 10 ekor setiap lesen, lesen menangkap rm70. Denda tiada lesen dalam rm3000.00. Tp ada juga yang tak denda cuma kena lepaskan depan perhilitan.

Monday, March 15, 2010

HOBI AKU!!!

Minat aku dengan burung ni mula sejak kecik lagie.... jenis burung yang dipelihara antaranya serindit,tekukur,merbok dan ayam hutan. Blog ini sekadar untuk menyampaikan serba sedikit maklumat mengenai aktiviti permeliharaan dan tangkapan burung di Bentong. Next post.... my first hobby serindit....