Jantan Anak
Dada Merah
Serindit adalah jenis burung yang terawal dipelihara. Di kg masyarakat cina yang byk bela(sebab ada ong maaa...). Org melayu plak hanya bela bila tiba musim buah rambutan jer. Habis musim lepaskan balik. Biasanya pemelihara serindit ini dikalangan budak-budak jer. Org besaq jarang main. Serindit ini menarik dari segi warna, suara dan saat-saat nak masuk jebak.
Kalau serindit yang dah tua ada byk warna iaitu merah di dada @ dade(samy cakap) dan ekor, warna kuning dibelakang tengkok dan warna biru atas kepala. Paruh pula warna hitam. Kalau burung muda paruhnya warna kuning atau putih (anak lagi) dan paruh hitam untuk burung yang remaja sikit. Kebiasaannya burung muda ada semua warna kecuali warna merah didada tiada. Kaki pula bewarna kuning kalau dah lama bela, kalau baru dapat kaki warna hitam..........
Pemakanan serindit mudah antaranya pisang, betik, rambutan, sawit dan lain-lain buah. Cuma kalau dah terdesak sangat kambu burung tekukur pun boleh tp kesian laaa sebab bukan makanan ruji dia. Macam org kg disuruh makan makaroni mana nak selera...
Lesen serindit rm10 utk setahun(boleh bela 10 ekor setiap lesen, lesen menangkap rm70. Denda tiada lesen dalam rm3000.00. Tp ada juga yang tak denda cuma kena lepaskan depan perhilitan.
3 comments:
minta serindit dada merah sekoq bro...
hahahaha, syok habis cerita bro ini
info yg amat berguna bagi pencinta haiwan peliharaan.Teruskan....dan syabas.
Post a Comment