BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Tuesday, July 30, 2013

Cabutan Undi Murai Batu.


Pada 23hb Julai lalu adalah hari yg paling mendebarkan bagi semua pemohon lesen murai batu. Sejak awal pagi dimaklumkan sudah ada yang berbaris untuk mendaftar kehadiran untuk cabutan undi. Lokasi cabutan undi di hadapan pejabat Perhilitan Temerloh Pahang. Pelbagai kaum yg hadir termasuk wanita mencuba nasib pada hari tersebut. Dapat dilihat kemesraan antara peminat murai batu berbual tidak kira bangsa. Masing -masing bertukar pandangan dan pendapat. Ada yg datang dari Kuantan, Rompin, Lipis dan juga Raub.

Tepat jam 9.30 acara bermula dan semua yg hadir berdebar2. Kon lihat ada juga yg mulutnya terkumat-kamit tak tahu laaa berzikir atau baca ayat tertentu agar nama mereka naik utk memiliki lesen murai batu. Maklum laaaa pada awalnya lesen dikeluarkan sebanyak 50 sahaja. Acara dimulakan dengan ucapan pengarah perhilitan Pahang iaitu Pn Khairiah Mohd Shariff. Beliau memberikan kejutan kepada hadirin dengan mengumumkan jumlah lesen yg akan dikeluarkan sebanyak 150 dan bukan 50 sahaja. Beliau juga maklumkan semua yg hadir akan dapat lesen kerana jumlah yg datang hanya 123 org. Apa lagi semua org bersorak. Hilang segala debaran. Dimaklumkan cabutan ini dilakukan diseluruh negara serentak.

Ini adalah slip mengesahkan pengundi berjaya utk mendapatkan lesen memburu burung murai batu. Lesen memburu hanya akan dikeluarkan dalam tempoh 2 minggu lepas tarikh cabutan. Lepas dpt murai baru pegi perhilitan semula untuk dapatkan lesen menyimpan.

Note: Terima kasih kepada pengarah perhilitan Pn Khairiah Mohd Shariff dan juga pegawai di Perhilitan Temerloh yg sudi melayan karenah mereka yg hadir. Terima kasih daun keladi, tahun depan kon pulak nak cabut undi.

Monday, July 15, 2013

Lesen Murai Batu dan Kelicap kunyit

Semalam 15.7.13 tamat tempoh untuk memohon lesen memelihara murai batu dan kelicap kunyit di negeri Pahang. Tak pasti plak ia melibatkan seluruh negeri pahang atau kawasan tertentu. Lesen yang dikeluarkan hanya sebanyak 50 sahaja. Tarikh cabutan undi akan dilaksanakan pada 23.7.13 di Pejabat Perhilitan di Temerloh Jalan Bahagia. Rasanya peminat murai batu dan kelicap kunyit lebih daripada 50 dan jumlah lesen yg dikeluarkan tidak mencukupi.

Dua ekor murai batu yg kon temui mati dan dibuang tepi kolam renang. Mungkin sebab kurang pengetahuan cara memelihara menyebabkan burung ini mati. Satu kerugian besar. Harus laaa lesen keluar 50 jer.