BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Wednesday, March 31, 2010

Racik Tekukur.

Dah berminggu tak memikat. Keje punya pasal, kaki dah naik ketar... tak tahan tengok Sibenus dok mengigau malam-malam angguk gagap. Telinga masa keje pun terngiang dengar bunyi kukur je...... Bagi menghilangkan gian kon buat aktiviti mengemaskini racik sedia ada. Bagi bersih



Kat bentong takde org boleh buat racik, kena oder dari geng mikat chenor atau beli kedai. Racik lingkar merah ni kon minta dari member ofis, ayah dia kira orang lama main tekukur kat penang(Kg Nyior Sebatang). Pakcik Nordin namanya dan hasil kerja sangat bagus. Kena kuku tekukur pun tak lepas. Betullaa org kata racik belah utara ni bagus-bagus. Racik lain ada yang dibeli dari kedai kat kl hasil kerja tangan anak org asli(asli pun pandai buat dah) dan racik pemberian Otai dari masa sekolah form six lagi dia bagi sebab selalu ikut dia gi mikat. Jadik tukang pegang catok dan pegang burung.

Lepas ni belajar buat racik sendiri plak... dah ada 2-3 gelung tayar moto kat rumah. Cara buat tu rasanya dah paham dah, belajar dari blog rakan TTF(Terer betoi mereka buat racik). Cuma yang tak tahu nak buat cara sambung tali tangsi dengan tali braided serta bahan buat huruf 8. Pakai cabel network computer boleh kot........ nak cari kabel stainless takde plak kat sini.

5 comments:

Unknown said...

nak order racik call 0179824307

Unknown said...

nk orde racik call 0179824307

Unknown said...

racik untuk dijual

Unknown said...

rm berapa....berapa kepala

Unknown said...

berapa kepala...rm berapa brather