Minggu lepas kon pergi kebun tgk durian sambil tebas kebun. Kena buat sebelum puasa. Bulan puasa tak daya kon. Selesai kerja kon pergi melawat kebun sebelah milik ronto Amir. Kon tgk ada projek baru iaitu ternak ayam kampung dan lembu.
Reban untuk menempatkan anak ayam kampung.
Lembu 5 ekor. 2 jantan dan 3 betina.
Lagi reban ayam dalam proses untuk disiapkan. Nampak gaya boleh kon tompang sekali.
Kandang besar menggunakan jaring plastic. Reban ayam di dalam.
No comments:
Post a Comment