BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Wednesday, June 12, 2013

Merak Sesat

Mana datang burung merak ni, pagi2 lagi dah ada kat rumah mertua sambil bertenggek atas pasir. Ekor pendek lagi. Tak sempat nak rapat dah cabut lari. Patut laaa mertua dok complain makanan ayam selalu habis. Ada pendatang baru rupanya.





Tuesday, June 4, 2013

Murai Batu

Suara Murai Batu di kebun kon. Biasa susah murai batu ni nak bunyi jika ada org. Mungkin dia nak bertuan kan kon. Tak pernah bela lagi burung nih. hahahaha tunggu..



Monday, June 3, 2013

Kenangan Serindit

Salam Sejahtera,

Tengah delete data dalam pc, jumpa video kon lepaskan serindit. Sebelum delete upload dlm blog untuk kenangan. Seekor merah dan tiga capuk(rintik2).  Kon lepaskan di kawasan pinggir hutan. Dari kecik dah suka bela serindit dan masa tu serindit tengah banyak. Disebabkan jumlah serindit di kg kon hampir pupus jadi kon lepaskan serindit peliharaan agar dapat membiak semula. Nak harap membiak dalam sangkar memang tak pernah jadi pun. Sifat serindit yg sukar membiak dlm sangkar tidak seperti budgie dan love bird.

                                       Serindit merah hampir-hampir masuk dalam semak.

Wednesday, May 1, 2013

Trip Bangkok ke Khon Kean

On the way dari Khon Kean ke Bangkok, singgah R&R utk berehat setelah 4 jam perjalanan. Dalam kon duduk releks dengar bunyi burung. Pegi ronda-ronda jumpa dua reban besar yg menempatkan burung jenis Loriket agaknya dan Cockteil. Gambar gelap siket sebab hari malam.



Wednesday, March 27, 2013

Cabaran...


Bila takde merbuk dirumah, bukan main berani lagi merbuk liar datang carik makan sampai dalam kawasan pagar. Dulu punya laa payah nak datang macam ni. Nasib baik lantai simen, kalau tak mahu jugak pasang racik buat lepas gian.haha

Tuesday, December 11, 2012

Tutup Kedai

Akhirnya semua tekukur dan merbok dalam peliharaan telah kon lepaskan. Tiada lagi bunyi derak dan lambung guk di rumah. Berkali-kali kon cuba untuk lepaskan tekukur tetapi gagal. Kali ni kon nekad. Susah untuk menjauhkan aktiviti yg dimulakan sejak kecil lagi. Mungkin dimasa akan datang kon akan pelihara semula tekukur dan merbok apabila mood datang semula. Lokasi tekukur dilepaskan di kebun kon. Dalam dok sibuk2 berkebun dapat jugak dengan sora burung.











Bila dah takde tekukur ni banyak pulak Otai yg nak bagi denak baru. Kuat betul dugaan nih.

Makan Durian

Hari sbatu yg lepas kon menerima kunjungan beberapa rakan dari KL yg berhajat untuk makan durian. Nasib baik masih ada lagi buah.




Aksi Pok Mat dan Amai cuba membuka durian sedaler....