BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Monday, July 15, 2013

Lesen Murai Batu dan Kelicap kunyit

Semalam 15.7.13 tamat tempoh untuk memohon lesen memelihara murai batu dan kelicap kunyit di negeri Pahang. Tak pasti plak ia melibatkan seluruh negeri pahang atau kawasan tertentu. Lesen yang dikeluarkan hanya sebanyak 50 sahaja. Tarikh cabutan undi akan dilaksanakan pada 23.7.13 di Pejabat Perhilitan di Temerloh Jalan Bahagia. Rasanya peminat murai batu dan kelicap kunyit lebih daripada 50 dan jumlah lesen yg dikeluarkan tidak mencukupi.

Dua ekor murai batu yg kon temui mati dan dibuang tepi kolam renang. Mungkin sebab kurang pengetahuan cara memelihara menyebabkan burung ini mati. Satu kerugian besar. Harus laaa lesen keluar 50 jer.

Saturday, June 29, 2013

KL-Yangoon-Myawaddy-Bangkok

Minggu ni kon kena outstation. boring sket. Walau macam manapun tetap kena pegi. Kali ni kon harap dapat tengok bagaimana org di Myanmar pelihara burung.
 Hotel tempat menginap.
 Antara kedai makan islam yg ada.
 Bas express dari Yangoon ke Paan.
 Ingatkan bas express tp macam bas kampung. Siap ada org duduk tengah lorong. Tempoh perjalanan 8 jam. Lepas tu tukar naik van plak.
 Kedai tayar yg ada. Sempoi habis.


 Semasa berehat sebab jalan jem akibat tanah runtuh lepak kedai makan. Ada org bawak tekukur 6. Harga 1000 kyat sekor atau dlm rm3 ringgit.
 Kedai makan.
 Jalan jem.
 Cara simpan tekukur.
 Kali kedua jalan jem akibat tanah runtuh. Tempoh perjalanan dari Yangon ke Myarwaddy 24 jam.
 Dalam masa jalan jem libas makan durian dulu.

 Kedai barangan antik di Myarwaddy. Semua radio boleh pakai.
 Lagi sekali belasah durian di Myarwaddy.
Happy Ending. Ada plak binatang ni lepak depan ofis.







Wednesday, June 12, 2013

Merak Sesat

Mana datang burung merak ni, pagi2 lagi dah ada kat rumah mertua sambil bertenggek atas pasir. Ekor pendek lagi. Tak sempat nak rapat dah cabut lari. Patut laaa mertua dok complain makanan ayam selalu habis. Ada pendatang baru rupanya.





Tuesday, June 4, 2013

Murai Batu

Suara Murai Batu di kebun kon. Biasa susah murai batu ni nak bunyi jika ada org. Mungkin dia nak bertuan kan kon. Tak pernah bela lagi burung nih. hahahaha tunggu..



Monday, June 3, 2013

Kenangan Serindit

Salam Sejahtera,

Tengah delete data dalam pc, jumpa video kon lepaskan serindit. Sebelum delete upload dlm blog untuk kenangan. Seekor merah dan tiga capuk(rintik2).  Kon lepaskan di kawasan pinggir hutan. Dari kecik dah suka bela serindit dan masa tu serindit tengah banyak. Disebabkan jumlah serindit di kg kon hampir pupus jadi kon lepaskan serindit peliharaan agar dapat membiak semula. Nak harap membiak dalam sangkar memang tak pernah jadi pun. Sifat serindit yg sukar membiak dlm sangkar tidak seperti budgie dan love bird.

                                       Serindit merah hampir-hampir masuk dalam semak.

Wednesday, May 1, 2013

Trip Bangkok ke Khon Kean

On the way dari Khon Kean ke Bangkok, singgah R&R utk berehat setelah 4 jam perjalanan. Dalam kon duduk releks dengar bunyi burung. Pegi ronda-ronda jumpa dua reban besar yg menempatkan burung jenis Loriket agaknya dan Cockteil. Gambar gelap siket sebab hari malam.



Wednesday, March 27, 2013

Cabaran...


Bila takde merbuk dirumah, bukan main berani lagi merbuk liar datang carik makan sampai dalam kawasan pagar. Dulu punya laa payah nak datang macam ni. Nasib baik lantai simen, kalau tak mahu jugak pasang racik buat lepas gian.haha