BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Sunday, March 2, 2014

Merpati diracun


Note: Gambar sumber Internet.

Kon terbaca satu laporan berita berkaitan ada individu telah membunuh merpati dengan memberikan makanan beracun. Kon rasa sedih sebab ada org tergamak buat perkara tersebut. Bayangkan jika racun yg digunakan jenis kuat dan berantai seperti lenaed. Habis 7 jenis binatang makan baru habis racun tersebut. Rumah kon pun kerap datang burung pipit utk makan kambu. Tapi tidak laaa sampai kon nak racun burung tuuu. Dah rezeki dia dapat makanan. Lagi pun jika kita sukakan haiwan kena suka semua jenis, tak boleh pilih-pilih. Contohnya suka tekukur tetapi bila mikat dapat merbuk habis bulu merbuk ditanggalkan. Macam mana merbuk tu nak terbang. Tp org macam ni memang ada dan kon pernah tengok.

Wednesday, January 29, 2014

Projek Kedondong dan Musang King

Dalam dok tebas kebun kon tanam dua tiga jenis pokok.
Pokok kedondong kon menghasilkan buah yang pertama.
Musang King yang baru ditanam. Harap membesar dengan jayanya dan menghasilkan buah yang berkualiti.
Jaring hitam digunakan untuk menghalang musuh utama di kebun(pig)dari merosakkan musang king. Pantang nampak ada pokok baru habis disondol.

Tuesday, January 28, 2014

Murai Batu On The Go.

Ini murai batu dalam simpanan. Baru 2 bulan lebih dimiliki.Panjang dlm 6 inci(saiz standart) dan jangkaan boleh mencapai 7 inci shj. Masih liar lagi dan baru nak berbunyi. Terima kasih kepada Sifu atas pemberian burung ni. Jarang dapat tengok MB yg panjang ekornya. Dikatakan untuk mendapatkan MB yang panjang ekor perlu pergi kekawasan yg ada anak sungai. Kawasan berpaya kebanyakannya ekor pendek.

Tuesday, November 5, 2013

PAHANG JUARA

WALAU PUN LAMBAT KON NAK UCAPKAN KEPADA PASUKAN BOLA PAHANG TAHNIAH KERANA MENJUARAI PIALA MALAYSIA. DAH LAMA MENANTI BARU TERHASIL. SEMOGA TAHUN DEPAN DAPAT LAGI.

Friday, October 4, 2013

Melawat Reban Kambing Jaa

Minggu lali kon pegi reban kambing member. Lawatan sambil cilok tahi kambing untuk buat baja.
Rumah kambing macam kondo. Tinggiiiii.
Dua jenis kambing yg dipelihara. Salah satunya jenis biri-biri. Lagi satu tak tahu baka apa.
Terima kasih kepada saudara Jaa kerana membenarkan Kon cilok tahi kambing.

Monday, September 9, 2013

Lesen Murai Batu 2

Lesen menangkap yg dikeluarkan oleh pihak perhilitan. Sah sehingga disember 2013 untuk tangkapan burung murai batu sebanyak 3 ekor sahaja. Kos RM60 untuk tangkapan 3 ekor murai batu dan tambahan RM60 untuk mendapatkan lesen memelihara pula. Saiz lesen besar lesen memandu jek. Di fahamkan jika lesen hendak dipindah milik kepada orang lain boleh dilakukan tetapi perlu merujuk kepada pihak perhilitan.

Note: Lesen untuk memelihara ayam hutan RM10 seekor(jika ayam simpan dalam reban). Jika ayam lepas tak payah lesen. Lepas ni cite pasal ayam hutan plak.

Merbah Kunyit


Merbah kunyik member. Dari segi rupa sama macam merbah kapor cuma bezanya bulu badan ada berwarna kuning. Untuk pelihara merbah ini memerlukan lesen dari jabatan perhilitan. Waktu dulu pernah juga tangkap. Sangat senang dan mudah didapati. Sekali pasang jebak boleh dapat dua ekor. Dari segi suara kurang menarik tetapi ada yg kata best. Rata-rata mereka yg pelihara merbah kunyit ni mesti bulunya teruk dan tidak terurus. Tidak seperti pelihara merbah jambul dan haji. Mungkin sifatnya yg terlalu liar.