On the way dari Khon Kean ke Bangkok, singgah R&R utk berehat setelah 4 jam perjalanan. Dalam kon duduk releks dengar bunyi burung. Pegi ronda-ronda jumpa dua reban besar yg menempatkan burung jenis Loriket agaknya dan Cockteil. Gambar gelap siket sebab hari malam.
MINAT KON WEHHHHH! SERINDIT, TEKUKUR, MERBUK,MURAI,AYAM, MEMANCING,PENTERNAKAN DAN SEGALA AKTIVITI KAMPUNG.
BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................
Wednesday, May 1, 2013
Wednesday, March 27, 2013
Cabaran...
Bila takde merbuk dirumah, bukan main berani lagi merbuk liar datang carik makan sampai dalam kawasan pagar. Dulu punya laa payah nak datang macam ni. Nasib baik lantai simen, kalau tak mahu jugak pasang racik buat lepas gian.haha
Tuesday, December 11, 2012
Tutup Kedai
Akhirnya semua tekukur dan merbok dalam peliharaan telah kon lepaskan. Tiada lagi bunyi derak dan lambung guk di rumah. Berkali-kali kon cuba untuk lepaskan tekukur tetapi gagal. Kali ni kon nekad. Susah untuk menjauhkan aktiviti yg dimulakan sejak kecil lagi. Mungkin dimasa akan datang kon akan pelihara semula tekukur dan merbok apabila mood datang semula. Lokasi tekukur dilepaskan di kebun kon. Dalam dok sibuk2 berkebun dapat jugak dengan sora burung.
Bila dah takde tekukur ni banyak pulak Otai yg nak bagi denak baru. Kuat betul dugaan nih.
Bila dah takde tekukur ni banyak pulak Otai yg nak bagi denak baru. Kuat betul dugaan nih.
Makan Durian
Hari sbatu yg lepas kon menerima kunjungan beberapa rakan dari KL yg berhajat untuk makan durian. Nasib baik masih ada lagi buah.
Aksi Pok Mat dan Amai cuba membuka durian sedaler....
Aksi Pok Mat dan Amai cuba membuka durian sedaler....
Wednesday, October 17, 2012
Evolusi Permotoran
Industri permotoran sentiasa berubah, aku juga terlibat sama dalam sejarah permotoran.
Moto pertama: Honda Hawk. Banyak jasa moto ni saat org lain pakai moto jepang aku guna moto nih. Time tu palang besi kiri kanan ada lagi. Masih dalam simpanan dan digunakan utk angkut barang berat. Dulu masuk kategori power laaa. Ayah aku dok hangin bila aku bawak moto nih.
Moto ke 3 Kriss 110: Mula kerja beli moto ni dan Yamaha Sport simpan utk buat ronda kampung. Dah merantau sampai kuala terengganu. Moto yg baik dan digunakan selama 6 tahun. Masalah utama moto ni ialah bila nak start moto rasa kosong(susah nak start). So cara mudah nak start turun bukit masuk gear 2 abis cerita. Banyak kali tukar dia punya one way starter tapi masih tidak berjaya. Akhirnya kon tolak kat kedai.
Moto pertama: Honda Hawk. Banyak jasa moto ni saat org lain pakai moto jepang aku guna moto nih. Time tu palang besi kiri kanan ada lagi. Masih dalam simpanan dan digunakan utk angkut barang berat. Dulu masuk kategori power laaa. Ayah aku dok hangin bila aku bawak moto nih.
Moto Kedua Yamaha Sport 110: Moto second masa masuk ITM. Brader yg jual moto ni dah modified utk racing. Tahan lasak dan berjasa sepanjang di ITM. Tapi yg tak tahan bunyi ekzos yg kuat boleh buat org lain bangun tido. Dari jauh boleh cam moto sape. Inilah moto buat modal ngorat. hahahaha. Tempoh penggunaan 4 tahun
Moto ke 4 Honda Wave 125: Setiap kali tukar moto mesti carik CC yg tinggi sket. Moto paling tahan lasak. Cuma masalah nya cover setnya baru setahun pakai dah longgar san sini. Habis segala ceruk hutan dah masuk. Org pakai scrambler aku pakai moto kerja. Moto paling sesuai jalan jauh, lagi panas enjin rasa makin laju. Tp jodoh tak panjang pakai selama 6 tahun kon tukar moto lain pulak utk ubah cite rase. Moto tolak kat kedai.
Moto ke 5 XXXXX: Yg ni kon cite bila dah jual nanti ......
Monday, August 6, 2012
Akhirnya.....Penarikan Balik Larangan Sementara Menangkap Burung Liar Ditamatkan
Sejak daripada kes selsema burung, lesen memelihara burung yg dilindungi dibekukan. Pada 2 Ogos satu pemberitahuan oleh pihak perhilitan bahawa larangan sementara menangkap burung ditarik balik.
Terima kasih kepada pihak perhilitan dan juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas atas tindakan yang tepat. Ini kerana kon tengok sepanjang larangan tersebut aktiviti menangkap/memelihara hidupan liar masih berterusan. Banyak rumah-rumah masih memelihara burung kawalan tanpa lesen dan kawalan. Ini merugikan pihak perhilitan dari segi kawalan jumlah binatang yg disimpan serta pendapatan dari fii bayaran lesen.
Kon rase lepas ni banyak laaa org gantung serindit dan puling depan rumah tanpa rasa bimbang dengan pihak berkuasa. Tapi berapa harga lesen serindit nie....
Lesen-lesen yang terlibat adalah seperti berikut:
a. KPM 17A – Lesen burung buruan
b. KPM 18A- Lesen burung liar lain yang diperlindungi
c. KPM 22A- Lesen tangkap Murai Batu dan Mata Putih
d. KPM 24A- Lesen Untuk Menempatkan atau Mengurung Binatang-binatang Yang Diperlindungi atau Burung-burung liar Yang Diperlindungi
Terima kasih kepada pihak perhilitan dan juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar YB. Dato Sri Douglas Uggah Embas atas tindakan yang tepat. Ini kerana kon tengok sepanjang larangan tersebut aktiviti menangkap/memelihara hidupan liar masih berterusan. Banyak rumah-rumah masih memelihara burung kawalan tanpa lesen dan kawalan. Ini merugikan pihak perhilitan dari segi kawalan jumlah binatang yg disimpan serta pendapatan dari fii bayaran lesen.
Kon rase lepas ni banyak laaa org gantung serindit dan puling depan rumah tanpa rasa bimbang dengan pihak berkuasa. Tapi berapa harga lesen serindit nie....
Monday, July 23, 2012
Durian mula berputik.... Part 1
Subscribe to:
Posts (Atom)


