BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Wednesday, July 18, 2012

Jebak Baru









Jebak serindit baru dalam koleksi. Kombinasi rotan dan lidi buluh. Saje guna lidi buluh berbanding dawai tayar moto, baru ada feel meraut buluh. Masih dalam proses ujian.

Tuesday, July 17, 2012

KEDAI BURUNG PART 2

Lagi lokasi kedai haiwan peliharaan untuk rujukan rakan semua. 

Kedai kat bawah ni namanya Hijau Kuning(tengok logo dah tau). Lokasinya disimpang traffic light kg ketari. Hanya jual ikan hiasan, sangkar dan peralatan pancing. Kedai kurang lengkap siket tp kalau nak dpt sangkar layang unik sket ada kat sini tp tiada dikedai lain. Kategori kedai baru.












Ah Leng Tackle juga menjual peralatan pancing, sangkar dan juga makanan burung/ayam. Lokasi tengah bandar bentong. Sapa nak gi Raub akan nampak kedai ni. Kedai baru dan lengkap peralatan nya.












Juga kedai baru. Ada jual burung,ayam serama,ikan,arnab dan anak ayam/itik. Harga ok laaaa. Kedai agak jauh siket dipinggir bandar bentong. Lokasi di desa damai jalan menuju ke raub. Macam-macam adaaaaaaa. 

SICURO DI VOLARE


Dah banyak jasa pada aku. Akhirnya dilepaskan ke satu lokasi rahsia untuk membiak dan mencari awek-awek cun diluar sana.

Monday, February 27, 2012

Pahlawan Terakhir

Lama dah tak memikat sejak denak kena rembat. Hampir setahun lamanya. Kat rumah ni laaa satu-satunya pahlawan tekukur yg ada dan masih bertahan. Cacat sket sebabnya kepaknya jatuh sebelah. Tetiba jee naik semangat nak memikat bila tengok tekukur sekor ni asyik menekan sorang-sorang dok cari member sparing. Nanti hujung minggu try bawak ke laman nak tengok boleh jadik ke tidak burung sekor ni.

Tulang Sotong

Puas kon cari camna rupa tulang sotong untuk diberikan pada burung seperti serindit dan budgie. Akhirnya dapat juga.


Ni laa rupenya tulang sotong. Bau dia kureng siket. Tak tahulaa sesuai tak utk tekukur. Tp budgie memang suka. Harga tak ingat laaa pulak.

Friday, May 6, 2011

Makjun Tekukur

Sambil borak dengan tuan punya kedai, ada tanya juga samada masih ada lagi makjun utk tekukur. Tujuan makjun ini utk menggalakkan burung dan menyihatkan badan burung. Fungsinya sama macam daun ati-ati, daun manis, kacang hijau,peria katak dan lain-lain bahan. Cuma bagi yg malas nak cari bahan tersebut boleh beli di kedai.

Pengeluar datang dari Indonesia. Rupanya bulat2 cam tahi kambing dan sedikit berminyak. Dulu pernah guna dan seminggu jugak denak tak bunyi. Mungkin sebab panas makan makjun(overdose). Lepas tu terus tak digunakan lagi.



Harga RM 7 satu.

Musim Serindit Melanda

Ari minggu kon pegi jalan2 kat kedai burung bagi melepaskan boring. Dah lama tak memikat maka pegi ronda kedai burung jer. Belek2 burung tengok banyak stok serindit jantan tua/dada merah. Hg RM50 sekor. Lesen pelihara pada masa ini belum ada lagi, kena tunggu bulan 6 ini. Nak bela juga kena simpan dalam rumah ler...






Masa ini kalau pegi memikat memang akan mudah dapat serindit merah dari serindit hijau sahaja. Bulan 7-9 mudah dapat serindit yg muda(anak yg paruh putih)