BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................

Monday, January 3, 2011

Meraikan 2011 dan Sewah

Masuk tahun 2011 nie dah banyak perancangan dibuat. Beberapa lokasi yg dikatakan oleh beberapa senior mempunyai banyak tekukur power akan diterjah. Antaranya Ponsoi, Sg Penjuring, Kg Lebu, Sertik, Sawit bukit dinding, janda baik, lancang,chenor dan juga tidak lupa kawasan perkuburan kayu ARA yg memang banyak burung power cuma lokasinya sahaja kureng sesuai. Takkan nak pacak racik atas kubur kot. Malam new year dah dok kemas-kemas sangkar layang dan varnish cetok. Besi tumang pun dah beli yg baru.

Tak sabar nak turun padang tp kena tunggu musim hujan reda dan sewah tiada. Tapi.......................jeng!jeng!jeng!jeng(suspen sket)..... 1hb Januari 2011 satu peristiwa yg akan aku ingat selagi main tekukur. Masa antara pukul 8mlm sehingga 10mlm. Terdapat sewah bertangan dan kaki telah menyambar burung tekukur aku, macam alibaba dengan 40 penyamun. Denak utama Sibenus kena rembat, Guk2 pemberian senior kena rembat, serindit dada merah pun sama, cetok tekukur 2 unit pun sama, tumang dua sampaikan jaring penutup sangkar layang pun kena sapu jugak. Adusssss pening palo...............

Bila tengok denak kena rembat, rasa gelap masa depan dgn hobi tekukur. Dah tiada lagi denak untuk turun ke laman. Denak backup pun kena sapu. Malam tido dok mimpi sibenus angguk dan tekan. Mungkin dah tiada rezeki. Rasa macam dah tak larat nak mulakan sekali lagi untuk mencari dan mengajar burung baru sehingga menjadi denak. Paling cepat boleh mula memikat kena tunggu setahun. Itu pun kalau denak rajin bunyi.
Nampaknya permintaan untuk tekukur dan serindit semakin tinggi. Hobi ini telah mula dikenali dan bertambah pemainya. Cuma ada orang nak main tetapi mengikut jalan mudah dengan ambil org lain punya denak. Kalau beli tahan laaa jugak.

Nantilah difikirkan dulu....camna nak mulakan balik hobi ni..

p/s Kalau bela kelicap ada org curik tak?

Sunday, November 7, 2010

Koleksi Tekukur.

Kepak Sebelah(KS)- Tak tahu apa punca sebelah kepas jatuh. Sayang nak lepaskan sebab sora bagus. Atas sangkar dah riuh, tp belum diuji lagi. Habis musim hujan baru bawak turun.


Otai Si Benus


T3 - Burung pemberian Senior Samra. Sora sedang, Guk 2. Hampir maut atas layang disambar anak helang. Nasib baik ada jaring. Belum pernah test lagi.


T2 - Burung Pemberian Senior Syawari aka Din. Sora sedang Guk 1.


Sankar layang ada 3 lagi free. Tak tahu bila boleh pakai. Banyak denak dilepaskan sebab tak berkenan dengan suaranya. Lepas ni carik tarik akar dan Seladang Gantung plak.

Membaiki Reban Rosak

Minggu ni tak kemana-mana. Cadangan nak repair reban burung. Dah banyak yang berlubang. Serindit kon pun dah dua tiga ekor lepas. Ni lah reban yg menempatkan beberapa ekor tekukur, merbok dan serindit. Kecik jer.


Jaring besi yang dijual sekarang ni tak tahan lama. Cepat karat.

Thursday, October 28, 2010

Clip Si Benus



Aksi gagap Si Benus yg tak seberapa..... ber latarbelakang lagu tradisional lagi.

Tuesday, August 17, 2010

Sabar! Sabar! Sabar...

Dibulan posa nih dibanyakkan bersabar.... sabar dengan dugaaan yg melintas di depan mata. Tengok budak makan aiskrim, marka garing lalu dan denak sakit. Sama seperti memelihara tekukur dimana kesabaran diperlukan. Bermula dari mula-mula pelihara tekukur denak tak bunyi kita harus sabar, nak menjinakkan denak harus sabar, gi mikat denak org bunyi denak kita dak pun harus sabar, denak kena rembat pun sabar, kena tinggal sebab bangun lambat pun sabar. Cumanya yg tak boleh nak sabar bila senior-senior sms bagi tahu dah tapau dua tiga ekor denak boleh tambat kaki. Bukak internet ramai otai pun dok tapau BH terus aku hilang sabar. Minggu ni nak kena turun juga.

Denak ku Sakit.....

Syukur dan 7 hari aku umat islam berpuasa. Bulan posa ni tak gi mikat lagi, hanya bawak denak jalan2 gi kebun kutip durian. Sambil tu test burung liar area kebun. Ada juga BH datang tp tak turun pun. Namun masih puas hati sebab denak bunyi. Cuma dalam dua tiga hari ni denak tak bunyi sangat dan suara pun dah problem (sangkut-sangkut). Nak kata gagap dah memang gagap. Tanya jiran ada org sembur foging area rumah, jiran kata ada. Sah laaa denak terhidu dan makan asap foging.. Terus tukar air dan makanan denak serta bagi denak mandi untuk buang rasa minyak. Nak kena tanya otai camna nak pulihkan denak kena asap denggi nih.
Masa foging nih sure denak ingat aku bawak pi jalan2 kat genting(banyak kabus) hehehe.

Friday, July 23, 2010

Harga Denak

Dalam pada Senior tengah tension kukoq kena curi. Datang org dari kuantan nak beli denak power senior. Denak memang power, dah bunuh lebih 1000 ekor katanya. Runding punya runding akhirnya harga telah dimuktamatkan. Harganya RM1900.00 dan org tu terus setuju. Terkejut aku. Inilah harga kukoq yang paling tinggi pernah aku dengar org jual. Kalau harga 4-5 ratus tu biasa laa jugak. Paling biasa harga RM10 ringgit laaaa. Tak tahu laa pulak kalau ada yg jual lebih mahal dari harga tuuu. Tengok muka otai dari muka tension sudah ada senyum sikit.....hehehe. Tak tahulah aku macam mana nak tentukan harga burung ni? Mungkin berdasarkan jumlah tangkapan, rajin berbunyi, kuat lawan, suaranya selang, gagap,atau kuat angguk. Kalau denak aku semua tu takde keculi harap gagap jer laaa.