Projek Angsa dalam proses. Hari gagal sebab angsa jantan telah digigit anjing liar. Jadi kon dapat angsa jantan dari penternak di Kg Baru. Dia ada masalah banyak angsa jantan dari betina. Oleh itu dia cakap angsa ni dia bagi buat baka, jika ada anak angsa betina dia nak sekor. Kon cakap takde masalah.
Jantan baka warna putih. Anak dapat 5 ekor. Jantan betina kon tak tahu. Kena tunggu besar baru boleh cam. Besar besok tak pasti anak dapat warna apa.
MINAT KON WEHHHHH! SERINDIT, TEKUKUR, MERBUK,MURAI,AYAM, MEMANCING,PENTERNAKAN DAN SEGALA AKTIVITI KAMPUNG.
BAK KE KOMO PRODUCTION PRESENT .............................
Thursday, May 1, 2014
Merak di Kayangan
Dah lama tak cerita pasal merak. Hari tu awal pagi kon dengar ada benda jalan atas bumbung. Kon pun keluar laa tengok apa dia. Rupanya burung merak dulu yg selalu datang makan kat rumah. Ekor dah panjang.
Macam dalam cerita kungfu panda laaa.
Macam dalam cerita kungfu panda laaa.
Thursday, April 17, 2014
XPDC Gunung Kinabalu
Salam Salam Sejahtera, minggu lepas kon pegi ke sabah. Tujuannya untuk mendaki gunung kinabalu bersama rakan sekerja. Ini merupakan kali ketiga kon mendaki gunung nih melalui laluan Mesilau. Sangat cantik gunung ciptaan Allah.
Posing di KLIA.
Naik Malindo. Flight bagus sebab seat luas dan ada tv. Tak la boring sangat. Kalau Airasia takde tv.
Posing dulu di Sabah Park Tim Pohon. Masa ni kul 12 mlm.
Sesi bergambar sebelum naik gunung. Masa 9 pagi.
Posing masa di Laban Rata. Masa ni suhu bawah 5 darjah c. Masa 12 malam.
Pemandangan diatas gunung.
Pemandangan dari atas gunung waktu pagi.
Sampai ke puncak.

Wednesday, March 26, 2014
Kena sauk lagi
Semasa kon melawat rumah sifu, kon kenen-kenen juga burung tekukur sekor dua. rumah Akhirnya sifu bagi 3 ekor pada kon. Buat meriah rumah katanya dan juga boleh teman dia gi mikat. Bab mikat ni kon cakap dah bersara. Tapi kalau nak teman ikut pegi mikat boleh je. Boleh juga borak -borak. Nak dijadikan cerita 3 ekor tekukur tu kon bawak balik rumah. Dua ekor letak depan rumah dan seekor letak belakang siap dengan jaring baru lagi. Saje kon letak sekor kat belakang supaya tekukur belakang bunyi yg depan akan sahut.
Tapi apakan daya tak sampai sebulan tekukur belakang rumah dah kena sauk. Hari ahad bagi makan, hari selasa lesap. Tekukur dan jaring hilang. Tinggal penyangkut jaring je. Masuk kali ni dah tiga kali burung kat rumah kon kena rembat. Nampaknya kawasan tempat kon tinggal ni dah tak selamat untuk pelihara burung. Pantang ada burung yg galak sikit kena sauk.
Cabaran dalam memelihara burung.

Sunday, March 2, 2014
Melawat Rumah Sifu
Hari cuti lepas kon sempat singgah rumah sifu. Kebetulan sifu tgh membersihkan sangkar burung. Punya laaa byk sangkar layang, lebih 20 sangkar. Macam-macam bunyi adaaa. Tak payah masuk hutan dgr sora tekukur, kat rumah pun dah cukup. Selain itu ada juga merbuk, murai batu, kuang, ayam hutan, merpati, dan juga iguana. Dah rope mini zoo. Riuh rendah. Dalam pada tu sempat juga kenyit dua tiga ekor tekukur kot-kot sifu nak bagi. hahahaa
Antara tekukur yg sedang berjemur selepas mandi.
Dan lagi.
Merbuk pun ada. Siap gantung atas tiang lagi.
Merbok kategori siam dan kampung.
Disebabkan jumlah burung yang banyak penggunaan scrapper dan berus tidak sesuai. Sifu dah advance sket. Guna water jet utk bersihkan sangkar dan mandikan burung. Bab mandi burung tu bagi tempias air je, jangan tebak direct alamatnya berterabur bulu burung.

Merpati diracun

Note: Gambar sumber Internet.
Kon terbaca satu laporan berita berkaitan ada individu telah membunuh merpati dengan memberikan makanan beracun. Kon rasa sedih sebab ada org tergamak buat perkara tersebut. Bayangkan jika racun yg digunakan jenis kuat dan berantai seperti lenaed. Habis 7 jenis binatang makan baru habis racun tersebut. Rumah kon pun kerap datang burung pipit utk makan kambu. Tapi tidak laaa sampai kon nak racun burung tuuu. Dah rezeki dia dapat makanan. Lagi pun jika kita sukakan haiwan kena suka semua jenis, tak boleh pilih-pilih. Contohnya suka tekukur tetapi bila mikat dapat merbuk habis bulu merbuk ditanggalkan. Macam mana merbuk tu nak terbang. Tp org macam ni memang ada dan kon pernah tengok.
Wednesday, January 29, 2014
Projek Kedondong dan Musang King
Dalam dok tebas kebun kon tanam dua tiga jenis pokok.
Pokok kedondong kon menghasilkan buah yang pertama.
Musang King yang baru ditanam. Harap membesar dengan jayanya dan menghasilkan buah yang berkualiti.
Jaring hitam digunakan untuk menghalang musuh utama di kebun(pig)dari merosakkan musang king. Pantang nampak ada pokok baru habis disondol.

Subscribe to:
Posts (Atom)